Assalamualaikm.
Selamat datang ke blogger saya Nazatul Faqihah Binti Azman dari KPJ HEALTHCARE UNIVERSITY COLLAGE. Saya ditugaskan untuk menyiapkan satu blogger khas dalam subjek Pengajian Malaysia. Saya memilih tajuk PASUKAN KHAS LAUT atau nama singkatanya PASKAL kerana saya pernah menghadiri temuduga Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi gagal semasa panggilan yang terakhir. Justeru itu, saya juga tertarik untuk memilih tajuk PASKAL ini kerana pasukan tersebut merupakan satu pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Pasukan ini merupakan pasukan yang terbaik di Malaysia yang terkenal dengan sistem persenjataan, taknikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden di bawah Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara. Pasukan ini juga boleh melindungi laut selat melaka, laut china selatan daripada ancaman-ancaman lanun. Saya juga mendapat inspirasi untuk memilih tajuk ini ialah daripada filem PASKAL yang baru-baru ini ditayangkan di pawagam pada awal bulan september 2018. Daripada filem tersebut apa yang saya pelajari adalah semangat setia kawan, patuh perintah Tuhan dan juga Agong serta berfikir sebelum bertindak.LAMBANG RASMI PASKALLENCANA TRIMEDIA PASKALCOGAN KATA : SENTIASA YANG TERBAIK
KD Panglima Hitam
Pada tanggal 15 April 2009,PASKAL telah ditauliahkan sebagai KD PANGLIMA HITAM Hitam. Majlis bersejarah penamaan dan pentauliahan tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.Pemilihan nama diilham dan diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, bertepatan dengan ciri dimiliki PASKAL, iaitu pasukan elit berkemahiran tinggi dalam medan pertempuran maritim dan menjadi aset kepada TLDM dan negara. Pentauliahan itu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah pengiktirafan tertinggi kepada Paskal yang sudah menabur banyak jasa dalam menjaga kedaulatan perairan negara.
Peranan
Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.Sebahagian daripada pengawal peribadi SPB YDA adalah terdiri dari anggota PASKAL yang telah menjalani latihan di USA.
Latihan
Untuk memakai beret komando PASKAL ini bagi yang layak bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa.Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.
Latihan Asas Kelayakan PASKAL :1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen4. Asas Payung Terjun5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.
Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota.
Antara ujian yg dijalankan ialah :1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)
PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.
Identiti PASKAL
Beret Ungu
Melambangkan identiti pasukan elit ini dan juga melambangkan hubungan persahabatan pasukan ini dengan Kor Marinir Indonesia memandangkan jalinan erat antara Malaysia dengan Indonesia adalah kukuh,
Lanyard Biru Tentera LautMelambangkan identiti TLDM dan juga melambangkan hubungan akrab pasukan ini dengan unit yang melatih pasukan ini, Komando Marin Diraja British,
CelorengCeloreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan celoreng yang sama yang pernah dipakai oleh Tentera US dan juga turut merupakan hubungan baiknya dengan US Navy SEAL, pasukan elit Amerika Syarikat ini kerana pasukan itu jugalah yang menjadi tunggak utama penubuhan PASKAL hingga sekarang.
TrimediaTrimedia merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh setiap anggota PASKAL.Maksud :1. Lambang Sayap Terjun - Berkeupayaan untuk penyusupan melalui udara2. Lambang Jet Fin & Face Mask - Berkemampuan untuk melakukan penyusupan melalui bawah air3. Pisau Komando - mampu melaksanakan operasi di dalam hutan.4. Lambang Sauh - salah satu unit dalam TLDM
Persenjataan
dan Kelengkapan
Heckler & Koch MSG90
Heckler
& Koch MSG90 merupakan senjata penembak tepat separa-automatik yang
digunakan khas bagi pasukan tentera yang direka oleh Heckler &
Koch. 'MSG90' merupakan singkatan kepada "Militärisches
Scharfschützen Gewehr" atau "Military Sharpshooter
Rifle", dan nombor "90" adalah tahun dimana senjata ini
dicipta.Jenis | Raifal Penembak Tepat |
---|---|
Tempat asal | Jerman |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1990-kini |
Digunakan oleh | Jerman, Amerika Syarikat, India, Indonesia, Itali, Malaysia, Norway, Korea Selatan. |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Heckler & Koch |
Direka | 1990 |
Pengeluar | Heckler & Koch |
Dihasilkan | 1990 |
Aneka | MSG90A1 |
Spesifikasi | |
Berat | 6.40 kg (14.11 lb) |
Panjang | 1.165 m (45.87 in) |
Lebar | 65 mm (2.56 in) |
Tinggi | 260 mm (10.23 in) |
Kartrij | 5/20 butir peluru dalam kelopak |
Kaliber | 7.62 × 51 mm NATO(STANAG 2310) |
Aksi | Separa Automatik |
Jarak tembakan efektif | 1000m |
Pasukan elit PASKAL dengan senjata raifal HK416 buatan Jerman yang dilengkapi pejera Optik Taktikal CompM4 dan penyenyap bunyi sedang dalam perbarisan
Senarai Komander PASKAL
Nama | Tahun | Penerangan |
---|---|---|
Laksamana Pertama Dr. Haji Sutarji bin Kasmin | 1975-2003 | Menjadi Komander PASKAL yang paling lama dan bersara pada tahun 2003 |
Laksamana Madya Dato' Haji Nasaruddin bin Othman | 2003-2015 |
Gambar semasa di unit
Rujukan
- Pusmas - PENUBUHAN PASUKAN KHAS LAUT (PASKAL)
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Heckler_%26_Koch_MSG90
- "Paskal: Unit elit serba canggih. Utusan Online. Dicapai 2017-07-23
- "Unit Selam Tempur - miliki kemahiran ala komando". Utusan Malaysia. 2008-07-28. Dicapai 2008-08-01. Check date values in:
|date=
(bantuan)
No comments:
Post a Comment